Tarikh: 12 Julai 2010
Waktu: 9.00 pagi
Tempat: E48B,Universiti Sains Malaysia
Kod Kursus: RUS101
Pagi ini,saya dan rakan-rakan telah memulakan sesi pembelajaran buat pertama kali di Universiti Sains Malaysia yang bertaraf APEX dengan penuh bersemangat,akan tetapi masih jua terselit perasaan takut dan gementar.Kehidupan sebagai mahasiswa dan mahasiswi sangat berbeza berbanding di zaman sekolah dahulu.Sedang saya melayan perasaan itu,En.Wan Burhanuddin Bin Wan Abidin telah memperkenalkan diri sebagai "studiomaster"kepada kami.
Bagi permulaan sesi pembelajaran ini,En.Wan Burhanuddin telah menerangkan ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi sebuah universiti bertaraf APEX.Hasil penerangan tersebut dapatlah saya mengetahui serba sedikit mengenai APEX yang bermaksud "Accelerated Program For Excellent".
Seterusnya,terdapat 3 langkah yang perlu ada untuk membentuk sesuatu produk.Bagi langkah pertama ialah niat (intention),kedua ialah laku (act), dan akhir sekali ialah barulah terhasilnya sesuatu hasil atau produk.Niat sebenarnya memerlukan seseorang atau beberapa aktor untuk melakukan sesuatu.Tetapi bagi melakukan sesuatu tindakan, seseorang tersebut hendaklah mengikut aturan atau "rule"Akhir sekali,tempat atau lokasi mestilah wujud untuk membentuk produk.
Seterusnya,En.Wan Burhanuddin juga telah menerangkan kepada kami mengenai 3P-(people,place and principle) iaitu orang atau aktor,tempat,dan prnsip.Contoh yang En.Wan Burhanuddin berikan ialah Pertandingan Bola Sepak iaitu "worldcup".
En.Wan Burhanuddin mula memperkenalkan aktor atau orang yang memainlkan peranan penting didalam kursus RUS101.Bagi aktor yang pertama ialah pelajar Universiti Sains Malaysia,ketua studio atau "studiomaster",komuniti Universiti sanis Malaysia,penduduk di pulau pinang dan lain-lain yang telah memainkan beranan .Waktu ini studiomaster telah memperkenalkan diri masing-masing serta memberi beberapa kata semangat kepada pelajar tahun pertama yang berjaya ditempatkan di Universiti Sains Malaysia.Antara studiomaster yang memperkenalkan diri ialah En.Azizan Hussin,Ar.Mohd Najib Bin Mohd Salleh,Ar.Wan Hanafi Bin Wan Hassan,Dr.Mohd Hanizun Hanafi dan lain-lain lagi.
Akhir sekali,setelah tamatnya sesi kelas yang pertama,saya telah berazam akan belajar bersungguh-sungguh dan berusaha untuk menyumbang sesuatu yang boleh dibanggakan sebagai pelajar APEX dan dapat mengharumkan nama Universiti Sains Malaysia di mata dunia.
No comments:
Post a Comment