Wednesday, September 22, 2010

MONUMENT..

Kami perlu mereka sebuah tugu yang boleh dijadikan ingatan orang kepada diri saya.Lakaran tugu ini saya berikan nama'liku-liku kehidupan'.Bahan untuk membuat tugu ini hanyalah menggunakan buluh.

lakaran pertama

lakaran sebenar
Satu batang buluh yang besar itu melambangkan pegangan hidup seseorang manusia.Dalam kehidupan kita perlulah mempunyai pengangan yang boleh dijadikan landasan yang membawa kita agar tidak tersasar.Manakala buluh-buluh yang kecil itu sebagai rintangan atau cabaran yang perlu kita harungi.
Tapak tugu ini juga dibuat menggunakan buluh dan diletakkan logo di atasnya.

Selain itu juga,kami juga perlu mengkaji mengenai perkuburan yahudi yang terletak di Jalan Zainal Abidin.

Perjalanan ke Tempat Perkuburan Yahudi.

Sudah jumpa Jalan zainal abidin..hehhehe

Dihadapan pintu pagar perkuburan yahudi.


Ayat yang ada ditengah2 perkuburan itu.

Disitu terdapat banyak bentuk kubur yang mereka gunakan.Setiap bentuk yang dibuat ialah melambangkan jantina 'Si mati'.Kaum keluarga 'si mati sekarang tidak berada di Malaysia.Meraka kebanyakan berada di luar negara.Mereka ini akan datang melawat pada setiap thun oada hari ini..








PART 2:Looking forward

Bagaimana saya dapat menyumbang pada 21 disember 2012 akan datang?.Adakah kita semua sudah bersedia menghadapi bencana yang mungkin akan berlaku pada hari itu?.Apakah langkah yang kita perlu lakukan?.Bagaimana kita dapat menyelamatkan diri kita nanti?.Banyak persoalan yang sentiasa bermain di fikiran.

Bagi saya sebagai pelajar dari HBP dan major dalam architecture,saya berpendapat kita perlulah membuat sebuah rakit yang besar yang boleh menempatkan ramai orang.Reka bentuk rakit atau IBU itu perlulah bersesuaian dengan keadaan sekeliling agar penghuni di dalam rakit itu selesa dalam tempoh 40 hari itu.

Kemudahan yang ada didalam itu mestilah dapat bertahan sehingga bencana itu kembali stabil.Contoh kemudahan yang di sediakan ialah tempat untuk menyimpan bekalan makanan,ubat-ubatan,kawasan untuk tidur dan lain-lain lagi.

Bahan yang digunakan untuk membuat rakit ini mestilah menggunakan bahan yang mampu bertahan lama.Contoh yang boleh diguna pakai ialah buluh tapi dalam kuantiti yang banyak.Buluh dapat digunakan kerana ia mampu terapung atas air disamping tidak memerlukan kos yang mahal untuk membuatnya.

Akhir sekali,pada saat berlakunya bencana semangat kerjasama antara satu sama lain amatlah diperlukan.Seorang ketua akan dilantik untuk mengawal keadaan di dalam rakit tersebut dan semua anak buahnya haruslah mematuhi arahan ketua.

PART 1;Looking back

Perasan bersyukur ketika ditawarkan di Universiti Sains Malaysia memang saya tidak dapat gambarkan macam mn..Lebih2 lagi adik dan kakak saya juga dapat sambung belajar dan bekerja di Penang.

Hari pertama melangkah masuk ke USM memang saat yang di nanti-nantikan tapi perasaan gementar,takut juga turut hadir di benak ini..bermacam-macam soalan bermain di fikiran..adakah aku mampu bersaing dengan kawan-kawan yang lain?..bolehkan aku?..macam mana aku dapat menjalani hidup sebagai seorang siswazah?..bolehkan aku membalas jasa ibubapaku nanti?..

Kelas pertama kami di HBP ialah 'WHAT I HEARD'.Kami juga perlu mereka blog kami sendiri.Pada mulanya ia menjadi satu masalah bagi saya kerana saya tidak pernah ada blog sendiri sebelum ini.Tapi mujurlah saya mempunyai rakan-rakan yang sangat baik dan tidak kedukut ilmu.Mereka mengajar saya bagaimana untuk membuat blog.Terima kasih saya ucapkan kepada rakan2 saya.

'NATURAL STRUCTURE BAMBOO'

'LOGO SAYA'

Seterusnya kami dikehendaki menkaji mengenai buluh dan membuat jalan cerita mengenai buluh itu. Selain itu juga kami perlu mereka logo kami sendiri.



'BAMBOO SOUND TOOL'

Kerja seterusnya, kami perlu membuat alat muzik dengan menggunakan buluh.


'TOPENG'

Pada hari ini kami budak2 HBP perlu memakai pakaian serba hitam sambil membawa topeng dan mengelilingi bangunan HBP.Memang cantik apabila semua orang mengenakan pakaian warna hitam.Kami seolah-olah sebuah kumpulan yang besar dan digeruni..heheh..

'DOT N LINE'
'JENGKAL'

'MY CASKET 4 ME'

Kami perlu melukis sebuah keranda untuk diri sendiri yang dibuat daripada buluh.Keranda itu perlulah diangkat oleh 6 rakan saya yang lain.Assgnment ini memang pelik.Ramai rakan2 saya dan keluarga saya menyoalkan kenapa kami perlu melukis keranda..hehehhe..

'MY BLACK BOX'

Kotak hitam ini diperlukan pada sambutan Hari Kemerdekaan yg ke-53 di Times Square,Penang.Memang menjadi sejarah saya dan rakan2 membuat kotak hitam sampai habis waktu sahur(pada bulan ramadhan) dan saat2 akhir bekalan elektik pula terputus di Desasiswa Cahaya Gemilang..Kami tetap bertahan dan menghabiskan kerja ini sehingga siap dengan memggunakan cahaya dari telefon bimbit.

'URBANITY'

'THEATERETTE'

Nama kumpulan saya ialah 'One World,One Team' yang terdiri daripada berlainan jantina,agama,bangsa dan negara.Lakonan ini bertemakan tentang kemerdekaan dan kami di beri selama 3 minit untuk melakonkan cerita itu.

'Sambutan Hari Kemerdekaan di Times Square'

Kami perlu membawa topeng bersama kotak hitam yang diisi dengan 6 biji belon untuk dilepaskan tepat pada pukul 12 malam, 31 Ogos 2010.

Thursday, September 9, 2010

6:Survival kit on IBU

IBU adalah Balai sidang terapung yang akan mengawasi PONDOK disekelilingnya..Ini adalah lakaran IBU yang saya boleh hasilkan..


X:ialah tempat untuk PONDOK dapat dilekatkan.
Y:alat pengesan PONDOK sekiranya didapati PONDOK hilang.
Z:rakit berenjin yang dapat digunakan di waktu kecemasan.



A:klinik yang diwujudkan di dalam IBU sekiranya berlaku kecederaan dan mampu membekalkan ubat kepada pesakit.
B:bumbung dalam rekaan morfologi membran
C:lantai dari Epoksi Hybrid Nanokomposit
D:buluh