Wednesday, September 22, 2010

PART 1;Looking back

Perasan bersyukur ketika ditawarkan di Universiti Sains Malaysia memang saya tidak dapat gambarkan macam mn..Lebih2 lagi adik dan kakak saya juga dapat sambung belajar dan bekerja di Penang.

Hari pertama melangkah masuk ke USM memang saat yang di nanti-nantikan tapi perasaan gementar,takut juga turut hadir di benak ini..bermacam-macam soalan bermain di fikiran..adakah aku mampu bersaing dengan kawan-kawan yang lain?..bolehkan aku?..macam mana aku dapat menjalani hidup sebagai seorang siswazah?..bolehkan aku membalas jasa ibubapaku nanti?..

Kelas pertama kami di HBP ialah 'WHAT I HEARD'.Kami juga perlu mereka blog kami sendiri.Pada mulanya ia menjadi satu masalah bagi saya kerana saya tidak pernah ada blog sendiri sebelum ini.Tapi mujurlah saya mempunyai rakan-rakan yang sangat baik dan tidak kedukut ilmu.Mereka mengajar saya bagaimana untuk membuat blog.Terima kasih saya ucapkan kepada rakan2 saya.

'NATURAL STRUCTURE BAMBOO'

'LOGO SAYA'

Seterusnya kami dikehendaki menkaji mengenai buluh dan membuat jalan cerita mengenai buluh itu. Selain itu juga kami perlu mereka logo kami sendiri.



'BAMBOO SOUND TOOL'

Kerja seterusnya, kami perlu membuat alat muzik dengan menggunakan buluh.


'TOPENG'

Pada hari ini kami budak2 HBP perlu memakai pakaian serba hitam sambil membawa topeng dan mengelilingi bangunan HBP.Memang cantik apabila semua orang mengenakan pakaian warna hitam.Kami seolah-olah sebuah kumpulan yang besar dan digeruni..heheh..

'DOT N LINE'
'JENGKAL'

'MY CASKET 4 ME'

Kami perlu melukis sebuah keranda untuk diri sendiri yang dibuat daripada buluh.Keranda itu perlulah diangkat oleh 6 rakan saya yang lain.Assgnment ini memang pelik.Ramai rakan2 saya dan keluarga saya menyoalkan kenapa kami perlu melukis keranda..hehehhe..

'MY BLACK BOX'

Kotak hitam ini diperlukan pada sambutan Hari Kemerdekaan yg ke-53 di Times Square,Penang.Memang menjadi sejarah saya dan rakan2 membuat kotak hitam sampai habis waktu sahur(pada bulan ramadhan) dan saat2 akhir bekalan elektik pula terputus di Desasiswa Cahaya Gemilang..Kami tetap bertahan dan menghabiskan kerja ini sehingga siap dengan memggunakan cahaya dari telefon bimbit.

'URBANITY'

'THEATERETTE'

Nama kumpulan saya ialah 'One World,One Team' yang terdiri daripada berlainan jantina,agama,bangsa dan negara.Lakonan ini bertemakan tentang kemerdekaan dan kami di beri selama 3 minit untuk melakonkan cerita itu.

'Sambutan Hari Kemerdekaan di Times Square'

Kami perlu membawa topeng bersama kotak hitam yang diisi dengan 6 biji belon untuk dilepaskan tepat pada pukul 12 malam, 31 Ogos 2010.

No comments:

Post a Comment