Monday, October 4, 2010

Lompatan APEX ke tahun 2012

Pada pagi ini,semua pelajar RUS 101,pensyarah dan beberapa tetamu telah hadir untuk mendengar perbincangan BIG's dalam Lompatan APEX ke tahun 2012.Perbincangan ini untuk menyedarkan semua orang agar bersiap sedia untuk menghadapi bencana yang mungkin akan berlaku pada tahun 2012.

Pada waktu itu saya tidak memberi 100% tumpuan kepada En.Wan kerana saya dan 3 orang lagi rakan saya telah di beri tugasan sebagai penyambut tetamu dan saya tidak dapat mendengar dengan jelas kerana saya berada di luar pintu dewan kuliah E48B.Tetapi hal ini tidak menjadi penghalang bagi saya untuk tidak memahami perkara yang ingin dibincangkan kerana En.Wan telah memberi satu laman web iaitu http://www.hbp.usm.my/1b/buluh untuk kami pahaminya dengan lebih teliti.

Apa yang saya paham dari isi kandungan dari laman web tersebut ialah buluh sangat berguna kepada semua orang kerana kepelbagaian gunaan yang dapat digunakan untuk pelbagai perkara sekiranya individu tersebut kreatif mempelbagaikannya.Buluh sangat mesra alam dan sifat kelestariannya sesuai dengan misi USM.Sikap ''sediakan payung sebelum hujan'' amat sesuai dalam konteks ini kerana kita mengambil sikap berjaga-jaga untuk menghadapi bencana yang diramalkan berlaku pada tahun 2012.

Sebagai pelajar dari Universiti bertaraf APEX,kita seharusnya berhenti merungut atau mengeluh dalam membuat sesuatu yang diberi kepada kita.Kita seharusnya menerimanya dan memikirnya dari sudut positif.Sekiranya kita masih merungut dan tidak mahu bertindak,mungkin pada waktu yang telah diramalkan berlakunya bencana itu,kita semua tidak mampu lagi menyelamatkan diri sendiri.

Kita harus mengubah pemikiran kita menjadi lebih kreatif dan bersiap sedia menghadapi tahun 2012.

soalan saya:Berapa lamakah buluh ini dapat bertahan dan bagaimanakah caranya menjadikan buluh ini bertahan dengan lebih lama?????

jawapan:5 sehingga 10 tahun..terdapat dua kaedah iaitu cara tradisional dan moden..cara tradisional ialah merendam buluh ke dalam air atau dendan cara pemanasan di atas api bagi mengurangkan kandungan kanji atau gula.Manakala cara moden pula ialah menggunakan beberapa bahan kimia untuk mengawet buluh iaitu boraks,deltametrin,deldrin dan natrium pentaklorofetana.

No comments:

Post a Comment