Tuesday, October 12, 2010

9A:Transformasi Minda

Time For Talk Alone Is Dying:We Need To Unite, Share, Serve & See Change

Tajuk ini di beri kepada pelajar seni bina untuk dibincangkan dan mengulasnya dalam bentuk abstrak.Setiap kumpulan dibahagikan kepada 5 orang yang sama major.Setiap major akan diberi berlainan jenis tajuk.Kumpulan saya terdiri daripada liyana,sue,nadia dan shu hui..

Tajuk ini membuka minda kita untuk di transformasikan ke satu tahap yang lebih baik.Sebagai seorang bakal arkitek,apakah perkara yang perlu kita buat untk bersatu,berkongsi,menyumbang dan melihat perubahan di alam ini?..Banyak perkara yang kita perlu fikirkan semula demi menyelamatkan dunia kita yang semakin kritikal.Apa yang perlu dilakukan oleh seorang arkitek???..Adakah kita hanya bersifat mementingkan diri sendiri sahaja dengan hanya memikirkan harta bnda tanpa memikirkan kelestarian alam.kenapa kini rekaan bangunan sudah semakin hilang ciri2 melayu atau identiti Malaysia itu sendiri.??..Kenapa kita terlalu mengagungkan ciri2 dari barat???
semua ini menjadi persoalan yang perlu kami bincangkan..

Monday, October 4, 2010

Lompatan APEX ke tahun 2012

Pada pagi ini,semua pelajar RUS 101,pensyarah dan beberapa tetamu telah hadir untuk mendengar perbincangan BIG's dalam Lompatan APEX ke tahun 2012.Perbincangan ini untuk menyedarkan semua orang agar bersiap sedia untuk menghadapi bencana yang mungkin akan berlaku pada tahun 2012.

Pada waktu itu saya tidak memberi 100% tumpuan kepada En.Wan kerana saya dan 3 orang lagi rakan saya telah di beri tugasan sebagai penyambut tetamu dan saya tidak dapat mendengar dengan jelas kerana saya berada di luar pintu dewan kuliah E48B.Tetapi hal ini tidak menjadi penghalang bagi saya untuk tidak memahami perkara yang ingin dibincangkan kerana En.Wan telah memberi satu laman web iaitu http://www.hbp.usm.my/1b/buluh untuk kami pahaminya dengan lebih teliti.

Apa yang saya paham dari isi kandungan dari laman web tersebut ialah buluh sangat berguna kepada semua orang kerana kepelbagaian gunaan yang dapat digunakan untuk pelbagai perkara sekiranya individu tersebut kreatif mempelbagaikannya.Buluh sangat mesra alam dan sifat kelestariannya sesuai dengan misi USM.Sikap ''sediakan payung sebelum hujan'' amat sesuai dalam konteks ini kerana kita mengambil sikap berjaga-jaga untuk menghadapi bencana yang diramalkan berlaku pada tahun 2012.

Sebagai pelajar dari Universiti bertaraf APEX,kita seharusnya berhenti merungut atau mengeluh dalam membuat sesuatu yang diberi kepada kita.Kita seharusnya menerimanya dan memikirnya dari sudut positif.Sekiranya kita masih merungut dan tidak mahu bertindak,mungkin pada waktu yang telah diramalkan berlakunya bencana itu,kita semua tidak mampu lagi menyelamatkan diri sendiri.

Kita harus mengubah pemikiran kita menjadi lebih kreatif dan bersiap sedia menghadapi tahun 2012.

soalan saya:Berapa lamakah buluh ini dapat bertahan dan bagaimanakah caranya menjadikan buluh ini bertahan dengan lebih lama?????

jawapan:5 sehingga 10 tahun..terdapat dua kaedah iaitu cara tradisional dan moden..cara tradisional ialah merendam buluh ke dalam air atau dendan cara pemanasan di atas api bagi mengurangkan kandungan kanji atau gula.Manakala cara moden pula ialah menggunakan beberapa bahan kimia untuk mengawet buluh iaitu boraks,deltametrin,deldrin dan natrium pentaklorofetana.

BIG DOME @ IBU

Pada minggu lepas,rakan2 dan saya dari kelas RUS 101 telah menyediakan buluh untuk membuat sebuah kubah atau diberi nama IBU..Sebelum itu kami dibahagi kepada beberapa kumpulan untuk membahagikan saiz buluh yang dikehendaki.Gambar sewaktu saya dan rakan2 memotong buluh di Rumpun buluh tidak dapat dimasukkan ke dalam blog ini kerana saya terlupa untuk menangkap gambar.Jadi saya mulakan aktiviti sewaktu saya menyediakan paip PVC untuk dijadikan 'join' antara buluh dengan buluh..
menanda dan memotong paip
Xman membantu kami memotong paip kepada beberapa bahagian yang telah ditanda.
memotong paip mengikut ukuran yang diberi.
pebantu bengkel membantu kami membuat lengkung di paip.
membentuk lengkungan di atas paip.
paip yang sudah siap dipotong akan dilayang di atas api agar menjadi lembut.
hujung paip yang telah dilayang di atas api akan di kepit dengan kayu sehingga menjadi leper.
hujung buluh yang telah diraut mengikut saiz lubang paip PVC.
kumpulan no.2 mengumpulkan semua buluh di satu tempat yang telah ditetapkan.
membahagikan kepada A,B,C,D dan E
ahli kumpulan berkumpul dan berbincang.
sikap tolong-menolong antara satu sama lain yang ada di kumpulan kami memudahkan lagi kerja yang dilakukan.
skru yang digunakan.
memasukkan skru bersama2 dengan buluh.
paip yang telah disambung dengan skru.
pandangan atas.
ahli kumpulan 2 sempat bergambar untuk kenang-kenangan..hehehhe..

Wednesday, September 22, 2010

MONUMENT..

Kami perlu mereka sebuah tugu yang boleh dijadikan ingatan orang kepada diri saya.Lakaran tugu ini saya berikan nama'liku-liku kehidupan'.Bahan untuk membuat tugu ini hanyalah menggunakan buluh.

lakaran pertama

lakaran sebenar
Satu batang buluh yang besar itu melambangkan pegangan hidup seseorang manusia.Dalam kehidupan kita perlulah mempunyai pengangan yang boleh dijadikan landasan yang membawa kita agar tidak tersasar.Manakala buluh-buluh yang kecil itu sebagai rintangan atau cabaran yang perlu kita harungi.
Tapak tugu ini juga dibuat menggunakan buluh dan diletakkan logo di atasnya.

Selain itu juga,kami juga perlu mengkaji mengenai perkuburan yahudi yang terletak di Jalan Zainal Abidin.

Perjalanan ke Tempat Perkuburan Yahudi.

Sudah jumpa Jalan zainal abidin..hehhehe

Dihadapan pintu pagar perkuburan yahudi.


Ayat yang ada ditengah2 perkuburan itu.

Disitu terdapat banyak bentuk kubur yang mereka gunakan.Setiap bentuk yang dibuat ialah melambangkan jantina 'Si mati'.Kaum keluarga 'si mati sekarang tidak berada di Malaysia.Meraka kebanyakan berada di luar negara.Mereka ini akan datang melawat pada setiap thun oada hari ini..








PART 2:Looking forward

Bagaimana saya dapat menyumbang pada 21 disember 2012 akan datang?.Adakah kita semua sudah bersedia menghadapi bencana yang mungkin akan berlaku pada hari itu?.Apakah langkah yang kita perlu lakukan?.Bagaimana kita dapat menyelamatkan diri kita nanti?.Banyak persoalan yang sentiasa bermain di fikiran.

Bagi saya sebagai pelajar dari HBP dan major dalam architecture,saya berpendapat kita perlulah membuat sebuah rakit yang besar yang boleh menempatkan ramai orang.Reka bentuk rakit atau IBU itu perlulah bersesuaian dengan keadaan sekeliling agar penghuni di dalam rakit itu selesa dalam tempoh 40 hari itu.

Kemudahan yang ada didalam itu mestilah dapat bertahan sehingga bencana itu kembali stabil.Contoh kemudahan yang di sediakan ialah tempat untuk menyimpan bekalan makanan,ubat-ubatan,kawasan untuk tidur dan lain-lain lagi.

Bahan yang digunakan untuk membuat rakit ini mestilah menggunakan bahan yang mampu bertahan lama.Contoh yang boleh diguna pakai ialah buluh tapi dalam kuantiti yang banyak.Buluh dapat digunakan kerana ia mampu terapung atas air disamping tidak memerlukan kos yang mahal untuk membuatnya.

Akhir sekali,pada saat berlakunya bencana semangat kerjasama antara satu sama lain amatlah diperlukan.Seorang ketua akan dilantik untuk mengawal keadaan di dalam rakit tersebut dan semua anak buahnya haruslah mematuhi arahan ketua.

PART 1;Looking back

Perasan bersyukur ketika ditawarkan di Universiti Sains Malaysia memang saya tidak dapat gambarkan macam mn..Lebih2 lagi adik dan kakak saya juga dapat sambung belajar dan bekerja di Penang.

Hari pertama melangkah masuk ke USM memang saat yang di nanti-nantikan tapi perasaan gementar,takut juga turut hadir di benak ini..bermacam-macam soalan bermain di fikiran..adakah aku mampu bersaing dengan kawan-kawan yang lain?..bolehkan aku?..macam mana aku dapat menjalani hidup sebagai seorang siswazah?..bolehkan aku membalas jasa ibubapaku nanti?..

Kelas pertama kami di HBP ialah 'WHAT I HEARD'.Kami juga perlu mereka blog kami sendiri.Pada mulanya ia menjadi satu masalah bagi saya kerana saya tidak pernah ada blog sendiri sebelum ini.Tapi mujurlah saya mempunyai rakan-rakan yang sangat baik dan tidak kedukut ilmu.Mereka mengajar saya bagaimana untuk membuat blog.Terima kasih saya ucapkan kepada rakan2 saya.

'NATURAL STRUCTURE BAMBOO'

'LOGO SAYA'

Seterusnya kami dikehendaki menkaji mengenai buluh dan membuat jalan cerita mengenai buluh itu. Selain itu juga kami perlu mereka logo kami sendiri.



'BAMBOO SOUND TOOL'

Kerja seterusnya, kami perlu membuat alat muzik dengan menggunakan buluh.


'TOPENG'

Pada hari ini kami budak2 HBP perlu memakai pakaian serba hitam sambil membawa topeng dan mengelilingi bangunan HBP.Memang cantik apabila semua orang mengenakan pakaian warna hitam.Kami seolah-olah sebuah kumpulan yang besar dan digeruni..heheh..

'DOT N LINE'
'JENGKAL'

'MY CASKET 4 ME'

Kami perlu melukis sebuah keranda untuk diri sendiri yang dibuat daripada buluh.Keranda itu perlulah diangkat oleh 6 rakan saya yang lain.Assgnment ini memang pelik.Ramai rakan2 saya dan keluarga saya menyoalkan kenapa kami perlu melukis keranda..hehehhe..

'MY BLACK BOX'

Kotak hitam ini diperlukan pada sambutan Hari Kemerdekaan yg ke-53 di Times Square,Penang.Memang menjadi sejarah saya dan rakan2 membuat kotak hitam sampai habis waktu sahur(pada bulan ramadhan) dan saat2 akhir bekalan elektik pula terputus di Desasiswa Cahaya Gemilang..Kami tetap bertahan dan menghabiskan kerja ini sehingga siap dengan memggunakan cahaya dari telefon bimbit.

'URBANITY'

'THEATERETTE'

Nama kumpulan saya ialah 'One World,One Team' yang terdiri daripada berlainan jantina,agama,bangsa dan negara.Lakonan ini bertemakan tentang kemerdekaan dan kami di beri selama 3 minit untuk melakonkan cerita itu.

'Sambutan Hari Kemerdekaan di Times Square'

Kami perlu membawa topeng bersama kotak hitam yang diisi dengan 6 biji belon untuk dilepaskan tepat pada pukul 12 malam, 31 Ogos 2010.

Thursday, September 9, 2010

6:Survival kit on IBU

IBU adalah Balai sidang terapung yang akan mengawasi PONDOK disekelilingnya..Ini adalah lakaran IBU yang saya boleh hasilkan..


X:ialah tempat untuk PONDOK dapat dilekatkan.
Y:alat pengesan PONDOK sekiranya didapati PONDOK hilang.
Z:rakit berenjin yang dapat digunakan di waktu kecemasan.



A:klinik yang diwujudkan di dalam IBU sekiranya berlaku kecederaan dan mampu membekalkan ubat kepada pesakit.
B:bumbung dalam rekaan morfologi membran
C:lantai dari Epoksi Hybrid Nanokomposit
D:buluh